Tips Kalau Kereta Kena Banjir

Tips Kalau Kereta Kena Banjir

 

Kereta tenggelam sebab banjir? JANGAN SESEKALI START!!

Kita tidak tahu bila musibah menimpa. Tambah-tambah dalam musim banjir ini. Dah bala nak sampai, tidak kira waktu pasti akan datang. Kadang-kadang kita tidak sempat pun nak menyelamatkan harta benda berharga. Contohnya, kenderaan kesayangan kita yang akhirnya, ia ditenggelami air.

236782_kendaraan-unik-anti-banjir
Takkan anda sanggup nak buat sampai begini?

 

Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA!!

Tindakan ini biasanya akan dilalukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan lintar pintas pada kotak komputer. Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti.

5
Jangan sesekali gatal tangan nak start enjin bila kereta anda telah terkena banjir.

 

Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 – RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna.

Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan miinyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.

Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).

Kereta Tenggelam Semasa Banjir
Mesti rasa sedih melihat kereta anda tenggelam begini

 

Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektrik kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

Beringatlah, jangan senang-senang berikan kunci kereta kepada mekanik / ejen bengkel.

 

Nak cara yang senang, tak perlu nak pening-pening?

Hubungi terus MR Insuran untuk mempunyai perlindungan semasa banjir. Bayar murah sekali dalam setahun, dapat pula pembaikan kerosakan secara free! Servis pun baik~

019-5710567 En Roshailan

019-5710567 En Roshailan

019-5710567 En Roshailan

Seperti mana ramai yang mengadu ‘insurans ada tapi macam tak ada, cover banjir pun tak boleh’. Penting tau untuk tahu insurans apa yang anda ambil. Seperti membeli iPhone 7+ tapi tidak pandai nak guna, kan sia-sia tu. Oleh itu tanya pada yang pakar, iaitu MR Insuran lah, okay?

Untitled design

Jom share untuk manfaat bersama inshaAllah

 

Sumber: Zaharuddin.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *