MR INSURAN

Tiada Lagi Unit CBU, Proton X50 Akan Terus Lancar dalam Versi CKD!

PROTON mengesahkan akan melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kedua, X50 tahun ini dalam versi pemasangan tempatan (CKD) secara terus, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dalam majlis makan tengah hari sempena Tahun Baru Cina, hari ini.

Menurut Dr Li lagi, X50 juga akan menjadi produk CKD terbesar kedua Proton selepas X70 yang dilancarkan tahun ini.

Berbanding X70 yang diperkenalkan dalam versi import (CBU) pada awal pelancaran, sebaliknya X50 akan terus dilancarkan dan dijual sebagai model CKD penuh. Ini kerana model asal (Binyue) di China dihasilkan dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD), dan tidak dapat dieksport ke Malaysia.

Kredit : Pandu Laju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *