MR INSURAN

Tahukah Anda Ada Tiga (3) Jenis Kenderaan OKU dan Berikut Cara Mempamerkan Pelekat OKU.

Tidak semua dari kalangan kita dilahirkan sempurna tubuh badan. Meskipun begitu, ramai sahaja daripada mereka ini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang yang normal. Lihat sahaja pencapaian mengagumkan atlet paralimpik negara apabila merangkul 3 emas di Olimpik Rio. Hebat bukan?

Orang Kelainan Upaya (OKU) ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang diberikan khas untuk mereka. Antara salah satunya tempat memarkir kereta yang lebih luas khusus untuk mereka. Namun, penting untuk mempamerkan sticker khas OKU.

Cara mempamerkan pelekat berbeza-beza mengikut jenis kenderaan:

1) Kereta OKU

i. Jenis pelekat OKU yang digunakan adalah jenis plastic telus.
ii. Pelekat OKU hendaklah dipamerkan di bahagian atas, penjuru kiri hadapan dan belakang windscreen kereta.

2) Motosikal Side-car
i. Jenis pelekat OKU yang digunakan adalah jenis pelekat reflecktif 3M.
ii. Pelekat OKU hendaklah dipamer di bahagian atas penjuru kanan hadapan dan belakang side-car motosikal.

3) Motosikal Support-Based
i. Jenis pelekat OKU yang digunakan adalah jenis pelekat reflecktif 3M.
ii. Pelekat OKU hendaklah dipamer di bahagian atas penjuru kanan hadapan motosikal dan di atas sekeping plat tambahan yang dipasangkan di bahagian bawah plat nombor pendaftaran bahagian belakang motosikal.

*sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

20120104_114951

JIKA ANDA MEMATUHI PERATURAN YANG DIGARISKAN, LEBIH MUDAH UNTUK ANDA PARKIR DENGAN LEBIH SELESA SELEPAS INI.

 

MUDAH BUKAN? 😉

JANGAN LUPA UNTUK CLICK LIKE, COMMENT & SHARE. UNTUK LEBIH INFO FOLLOW PAGE MRINSURAN

One thought on “Tahukah Anda Ada Tiga (3) Jenis Kenderaan OKU dan Berikut Cara Mempamerkan Pelekat OKU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *