MR INSURAN

Tabiat Memandu ala-ala ‘Fast and Furious 8’ Ini Boleh Membuat Gear Auto Anda Rosak!

Tabiat Memandu ala-ala ‘Fast and Furious 8’ Ini Boleh Membuat Gear Auto Anda Rosak!

fastfurious8

Tiada siapa dapat nafikan betapa ghairahnya dapat memecut laju di jalanraya, seolah-olah anda juga antara salah seorang aktor movie sekuel terkenal itu. Aksi sarat adrenaline yang disajikan membuatkan diri membuak-buak mahu meniru stunt yang sama.

Bagaimanapun, ramai tidak sedar. Semakin ekstrem mereka memandu, semakin mereka terbiasa dengan tabiat buruk yang boleh merosakkan kereta. Antara komponen kereta yang sering menjadi ‘mangsa’ ialah transmisi gear. Mahu menunjuk pro ala-ala di dalam scene Fast Furious 8, katanya.

 

Di bawah ini, kami fokuskan 5 tabiat buruk yang boleh merosakkan transmisi automatik kereta anda.

  • D = Pandu
  • R = Undur
  • P = Parking

 

  1. Turun Bukit Dalam Gear ‘N’

494_Capability_SP__ssc_1_293-88785_550x321

Anda mungkin menggunakan posisi gear N ketika memandu menuruni bukit pada situasi tertentu, dan ramai pemandu tidak sedar mereka sedang melakukan aksi bahaya. Tahukah anda cara itu boleh memburukkan kondisi transmisi kenderaan, terutama apabila anda tiba-tiba memasukkan gear ketika kereta sedang bergerak laju?

Di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), tabiat tersebut dianggap sebagai kesalahan dan boleh dikompaun kerana boleh mengundang bahaya. Ini kerana memandu dalam gear N ketika menuruni bukit membuatkan anda perlu bergantung sepenuhnya kepada sistem brek selain menghilangkan fokus kawalan ke atas pengendalian kereta.

 

  1. Tidak Berhenti Sepenuhnya Sebelum Tukar Gear

Nissan-Leaf-traveling-backwards

Dek mahu menjimatkan masa, gopoh atau mungkin tidak tahu, anda terus saja menukar gear daripada R kepada D, atau sebaliknya tanpa menunggu kereta berhenti terlebih dahulu.

Setiap kali menukar gear, pengapit gelung transmisi (transmission band clamp) akan berada pada gear, tetapi jika anda tidak berhenti sepenuhnya, gelung transmisi itu sendiri yang berfungsi menghentikan kereta anda.

Disebabkan ia – gelung transmisi – tidak direka untuk berfungsi seperti sistem brek, anda sedang meletakkan tekanan yang tidak diperlukan ke atas transmisi. Menggantikan gelung tidaklah mahal, tetapi kerja mendiagnosis masalah itu yang menyebabkan ia mahal kerana memakan banyak masa dan usaha.

 

  1. Pecut Ala Drag Guna ‘N’

yound-driver-speeding

Ini antara tabiat yang kerap dilakukan pemandu, iaitu memecut laju kononnya seperti seorang pelumba drag dalam posisi kereta berhenti atau gear N. Taktiknya, enjin dilahukan (rev) sehingga meter RPM mencanak naik sebelum memasukkan gear D bagi mendapatkan ekstra kuasa pecutan.

Ingat, apabila anda menukar gear selepas melahukan enjin, anda sedang meletakkan tekanan ke atas gelung transmisi, dan jika konsisten memecut cara ini, bersedialah mendapat resit bil bengkel yang tinggi.

 

  1. ‘N” Di Lampu Isyarat Merah

rehost2016913466ea718-0b97-4588-8e3d-3eef83853361

Dengan harga minyak semakin naik, carian dan usaha ke arah menjimatkan minyak seakan tidak pernah berakhir. Ada orang beritahu anda supaya meneutralkan gear untuk menjaga transmisi. Selain cuba menjimatkan minyak, ramai pemandu percaya letak posisi N setiap kali berhenti boleh mengurangkan tekanan ke atas transmisi. Faktanya, salah!

Ini kerana enjin cenderung melahu lebih tinggi dalam posisi N berbanding D. Malah berpotensi menyebabkan masalah gelincir pada plat klac (melalui proses D-N-D), sekali gus menghauskan bahagian mekanikal tersebut.

Cara begini juga tidak menunjukkan perbezaan penjimatan bahan api yang ketara. Jika betul-betul mahu jimat minyak, caranya ialah mematikan terus kenderaan anda di lampu isyarat.

Berhenti dalam D, dengan membrek secara normal tanpa memijak pedal minyak tidak merosakkan transmisi seperti yang anda sangkakan.

 

  1. Terus Tukar ‘P’ Sebelum Berhenti

1 (1)

Ia tidak ubah seperti melompat dari atas pelana kuda yang belum pun berhenti sepenuhnya. Silap haribulan, tulang anda patah.

Dalam situasi kereta, jika terus menolak gear pada kedudukan P, tuas parkir (parking pawl) akan berkait untuk menghalang kenderaan daripada bergerak. Jadi, meletakkan kereta sebelum berhenti boleh menyebabkan tuas parkir bertindak seakan brek dan boleh memusnahkan semua proses.

 

Konklusi:

Berusaha mengubah tabiat buruk ini mampu memberikan kesan kepada bajet kewangan anda. Jadi sila beri perhatian tentang bagaimana menukar gear dengan betul. Jangan disebabkan kecuaian diri, duit anda yang melayang.

 

MUDAH, BUKAN?

JANGAN LUPA UNTUK CLICK LIKE, COMMENT & SHARE. UNTUK LEBIH INFO FOLLOW PAGE ‘MRINSURAN.com

 

Sumber: PanduLaju.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *