MR INSURAN

#Spyshot: Nissan Kicks Dikesan di Thailand, Indonesia

NISSAN Kicks mula dilancarkan ada 2016 di Sao Paolo, Brazil. Terkini, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dikesan sedang dipandu uji di negara jiran dalam seragam kamoflaj yang tidak banyak mendedahkan perincian model berkenaan.

Antara perubahan dapat dilihat ialah cahaya lampu depan putih yang memberikan gambaran model spesifikasi Thailand akan menggunakan teknologi LED. Menariknya, kelibat kereta misteri yang dipercayai model Kicks turut dikesan di Indonesia.

Menuruti laman Facebook Motuba, bahagian belakang kelihatan mirip Kicks dan ada kemungkinan unit tersebut ialah model dari Thailand yang bakal dipasarkan di Indonesia. Kicks khabarnya dipasangkan di kilang Thailand. Jadi, pendedahkan dua foto dari dua negara itu memberikan mesej awal yang SUV subkompak itu akan menjengah pasaran Asean tidak lama lagi.

Kredit : PanduLaju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *