POLIS PUN DAH GUNAKAN MOTORSIKAL TERBANG?

Kenderaan Peronda Terbang Diperlihatkan Untuk Kegunaan Polis Dubai

Dubai ialah negara yang jauh di hadapan dalam penggunaan teknologi terkini. Terkini di acara GITEX yang sedang berlangsung di Dubai, kenderaan peronda terbang diperlihatkan untuk kegunaan polis.

 

 

Kenderaan peronda terbang Hoversurf ini boleh terbang selama 25 minit dengan menggunakan kuasa elektrik atau sejam dengan bahan api fosil. Ia boleh ditunggang anggota polis atau swaterbang pada ketinggian 5 meter untuk melakukan rondaan. Tidak diketahui bilakah ia akan memulakan operasi di negara Timur Tengah ini.

Selain Hoversurf, Polis Dubai juga bakal menggunakan kereta peronda swapandu O-R3 yang dilengkapi dron bagi mencegah jenayah. Menjelang 2020, robot akan mengambil alih 25% tugas polis di negara ini. Sekurang-kurangnya di Dubai, Robocop semakin hampir menjadi realiti.

 

 

RENEW ROADTAX DAN INSURAN KENDERAAN ANDA BERSAMA KAMI.
RHB INSURAN, ETIQA TAKAFUL INSURAN, KURNIA INSURAN, ALLIANZ INSURAN , PACIFIC INSURAN, ZURICH TAKAFUL INSURAN.

MUDAH , MURAH , CEPAT .

MR PROGRESSIVE
Your Preferred Insurance Agency
+05-547 6567 @ +6019-521 0567
NO 6B JALAN GHAZALI JAWI,
31400 IPOH PERAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *