MR INSURAN

Perodua Myvi GT Masih Dikaji Sebelum Dilancarkan Secara Rasmi

Sejak mula Perodua melancarkan Myvi, model ini berjaya menjadi model terlaris jenama ini. Malah, model ini berjaya pilihan pelbagai golongan termasuk golongan bujang, para wanita, keluarga kecil dan tidak dilupakan juga mereka yang menjadikan model ini untuk ‘berlumba’.

Sekitar November lalu pada atur cara Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018), Perodua telah menampilkan sebuah model Myvi GT. Kehadiran model ini secara tidak langsung berjaya membuatkan para netizen teruja serta membayangkan kehadiran kereta ini di jalanan.

Myvi-GT_Front
Myvi-GT_Back
46495908_2131919353737361_889903608684871680_n (1)
Myvi-GT_Seats

Rekaan Myvi GT ini sangat menarik perhatian ramai kerana rekaan sporty kereta ini menambahkan lagi kecantikan Myvi sedia ada. Antara ciri khas yang ditambah pada Myvi GT ini termasuklah rekaan garisan pada bahagian badan, skirting yang lebih menarik, tayar bersaiz 17-inch, brake pad jenama Brembo dan panel sunroof! Bahagian dalam juga diberi perincian yang hebat dengan stereng yang lebih sporty serta bucket seat ala Recaro.

Enjin untuk Myvi GT pula bagaimanapun masih lagi menggunakan enjin standard Myvi tanpa pengubahsuaian.

Meskipun menerima respon yang positif, CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad baru-baru menyatakan pihak Perodua kini masih mengkaji dari segi harga serta memastikan jumlah jualan yang diperlukan sebelum membuat keputusan sama ada model ini releven untuk dilancarkan atau tidak.

Sekiranya Perodua berjaya menawarkan harga yang berpatutan buat model Myvi GT, kami yakin model ini bakal dijual dengan laris dan sudah pastinya bakal menjadi pilihan ‘pelumba’ di jalanan.

Sumber : The Vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *