MR INSURAN

PERBEZAAN DIANTARA MARKET VALUE DAN AGREED VALUE KENDERAAN ANDA.



Market value/ nilai pasaran

Secara amnya, nilai pasaran atau market value adalah nilai kereta anda mengikut harga pasaran ketika pembaharuan takaful dibuat. Jadi jika anda menginsuranskan kereta anda pada harga pasaran, anda akan dibayar pampasan mengikut harga pasaran ketika berlakunya kemalangan atau kecurian.

Contohnya: Takaful kereta anda tamat pada bulan Disember 2017. Semasa pembaharuan takaful, harga pasaran kereta Honda City anda yang berusia dua tahun ketika itu adalah RM45,000.

10 bulan kemudian, kereta anda dicuri dan anda membuat tuntutan ke atas polisi anda. Kerana 10 bulan telah berlalu, nilai kereta anda telah pun susut. Kini nilai pasaran kereta anda bukan lagi RM45,000 tetapi RM42,500. Maka anda akan diberi pampasan sebanyak RM42,500 sahaja dan bukan RM45,000.

Agreed value/ nilai dipersetujui

Nilai dipersetujui adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga pengendali takaful terlebih dahulu ketika pembaharuan polisi dibuat. Nilai ini ditentukan oleh faktor-faktor underwriting tertentu. Jika berlaku kecurian atau tuntutan total loss, pengendali takaful akan membayar pampasan penuh mengikut nilai yang telah dipersetujui ini.

Contohnya: Anda telah menginsuranskan kereta anda atas nilai dipersetujui sebanyak RM60,000. 10 bulan kemudian, anda kemalangan di mana kereta anda hancur dan tidak lagi boleh diperbaiki. Pampasan yang anda akan dapat daripada pengendali takaful anda ialah sebanyak RM60,000. Walaupun mungkin pada masa itu nilai pasaran kereta anda hanya RM53,000.

Perbezaan premium di antara polisi mengikut market value dan agreed value

Jika anda membeli polisi mengikut harga pasaran (market value), and sebenarnya membayar premium (harga takaful/ insurans) mengikut harga pasaran kereta anda di ketika pembaharuan dibuat. Contohnya, harga pasaran ketika renewal adalah RM50,000 dan premium anda ialah RM1,500 setahun.

Tetapi ketika tuntutan dibuat kerana kecurian, pampasan yang diterima adalah lebih rendah daripada RM50,000. Di sini punca ketidak-puasan hati pelanggan di mana mereka berasa mereka tertipu kerana membayar premium bagi nilai yang lebih tinggi.

Manakala premium bagi polisi mengikut nilai dipersetujui (agreed value) dianggap lebih adil kerana premium polisi yang dibayar adalah mengikut jumlah diinsuranskan (sum insured) yang sama dengan pampasan yang akan diperolehi.

Apa yang terbaik untuk anda sebagai pengguna?

Sebagai pengguna sudah tentu yang terbaik adalah “AGREED VALUE” tetapi apa yang penting adalah pengguna perlu terlebih dahulu faham perbezaan di antara kedua-dua kaedah ini bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan.

Bilakah market value bersesuaian bagi anda?

Selalunya, jika anda mempunyai kenderaan yang bukan lagi dianggap baru, dan tiada ubah-suai dilakukan pada kereta. Bagi contoh seperti ini, ianya dicadangkan agar pengguna membeli takaful mengikut nilai pasaran. Jika berlaku kecurian, pampasan pada nilai pasaran mungkin masih boleh bagi pemegang polisi untuk mendapatkan kereta yang lebih kurang sama keadaannya dengan kereta miliknya yang dicuri.

Bilakah agreed value bersesuaian bagi anda?

Jika anda memiliki kereta yang baru dibeli, dan mungkin telah membelanjakan wang ringgit yang lumyan untuk mengubah suai kereta anda, ianya dicadangkan anda membeli polisi takaful mengikut nilai dipersetujui. Polisi mengikut nilai dipersetujui dapat memasukkan nilai tambahan yang tidak dipertimbangkan dalam kaedah polisi nilai pasaran.

Dengan cara ini, jika berlaku kecurian atau total loss, anda akan dapat pampasan yang setimpal dengan nilai kenderaan anda yang dicuri atau total loss. Dan ini membolehkan anda membeli kereta baru yang sama dan masih memilik wang lebihan untuk lakukan semula pengubah-suaian pada kereta baru itu.

Keputusan sama ada pengguna ingin mengikut kaedah polisi nilai pasaran atau nilai dipersetujui adalah keputusan peribadi pengguna. Jika anda memutuskan polisi mengikut nilai dipersetujui adalah lebih sesuai bagi anda, pastikan syarikat insurans atau pengendali takaful anda memberikan pilihan ini. Kerana mungkin bukan semua syarikat yang menawarkannya.

Jika masih terdapat kekeliruan, dapatkan keterangan dari kami MR INSURAN.

Kredit : IBANDING



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *