MR INSURAN

Pemilik Bengkel Aksesori Akan Dipanggil Polis Sebab Ysuku?

Sumber gambar dari Berita Harian

Menjadi trend sekarang khususnya anak muda yang suka mengubahsuai motosikal milik mereka dengan tujuan untuk mendapatkan perhatian selain kelajuan. Kebiasaanya yang Ohmedia tengok, motosikal yang banyak diubah adalah Yamaha Y150ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku dikalangan budak-budak moto.

Macam-macam pengubahsuaian dilakukan sehingga membabitkan belanja ribuan ringgit misalnya rim dan juga eksoz. Namun kebanyakan pengubahsuaian yang dilakukan tidak menepati syarat atau piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Oleh yang demikian Ketua Polis KL, Datuk Seri Mazlan Lazim berpendapat, bagi mengatasi masalah ini, untuk pertama kali, pemilik bengkel dan aksesori akan dipanggil dan diberi nasihat untuk tidak menjual aksesori dan melakukan pengubahsuaian tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Sekiranya pemilik bengkel dan aksesori mengulangi kesalahan, tindakan selanjutkan akan dilakukan. Sebelum itu, beliau akan meminta setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di KL untuk mengenal pasti premis-premis berkenaan di kawasan mereka.


Sumber : Ohmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *