Pemanduan Kereta Manual atau Auto: Mana Lebih Seronok?

Pemanduan Kereta Manual atau Auto: Mana Lebih Seronok?

Sudah menjadi perdebatan ramai; Manual dan Auto, mana lagi best? Ketika ramai yang sudah beralih ke pemanduan kenderaan auto, sebahagian lagi masih berpendapat bahawa pemanduan kenderaan manual lebih memuaskan. Pelbagai pandangan dilontar di mana masing-masing teguh dengan pendirian tersendiri.

Honda misalnya tidak lagi menawarkan transmisi manual untuk kereta penumpang. Toyota masih ada dan terhad kepada model segmen B seperti Vios, itupun varian paling rendah. Kalau mahu lepas gian, terpaksalah beliĀ  trak pikap ataupun pandu kenderaan komersial seperti van dan lori, ataupun beli kereta lama. Mujurlah pilihan masih banyak untuk kereta nasional. Jadi, tidaklah skil dan seni memandu manual pupus begitu saja.

Kebanyakan yang memilih auto berpendapat:

  1. Pemanduan lebih senang dan tak rumit.
  2. Lebih santai, simple dan memudahkan.
  3. Kurang pengendalian transmisi gear.
  4. Tiada clutch.
  5. Sesuai digunakan ketika dalam jem.

Sebahagian yang lebih suka manual berpendapat:

  1. Lebih speeding dan cepat pick up.
  2. Sukakan cabaran.
  3. Menjadi mahir mengendali pedal clutch, brake dan minyak.
  4. Kurang penggunaan petrol ketika di bandar.
  5. Sekiranya bateri kong atau lemah, senang untuk dihidupkan semula.

 

Konklusinya mana lagi best, Auto atau Manual? Terpulang kepada individu. Pada pendapat admin, praktislah bawa manual secara kerap. Sekiranya korang mahir dalam pemanduan manual, sudah pasti tiada masalah memandu auto. Tetapi, kalau pandai auto sahaja, jarang sekali mahir memandu manual. Fikir-fikirkanlah dan selamat memandu!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *