Pemandu Guna Lampu HID Berdepan Saman RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan

Kementerian Pengangkutan kini telah mengharamkan semua jenis penggunaan lampu jenis High-Intesity Discharge (HID) pada kenderaan mereka kecuali yang mengikuti standard United Nation Regulations. Untuk pengetahuan anda, lampu HID menghasilkan cahaya putih yang lebih cerah iaitu sekitar dua atau tiga kali ganda melebihi cahaya daripada lampu halogen yang biasa diguna pakai.

Walaupun lampu HID ini membolehkan anda melihat dengan lebih baik, lebih jelas dan lebih jauh di jalan raya, namun ianya juga boleh menjadi punca kemalangan. Cahaya yang sangat terang boleh ‘membutakan’ pemandu dari arah yang bertentangan sehingga berpotensi mendatangkan bahaya bagi orang lain.

 

Pemasangan lampu HID kereta tidak patuhi spesifikasi satu kesalahan

Sebarang pemasangan lampu HID kereta yang tidak mematuhi spesifikasi adalah tidak dibenarkan, kecuali penukaran keseluruhan sistem whole-assembly lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.Pemasangan Lampu HID yang diluluskan adalah yang mematuhi United Nation Regulations seperti berikut:UNECE R48: Installation Of LightUNECE R98: Gas-Discharge HeadlampUNECE R99: Gas-Discharge Headlamp Source dan pemasangan lampu HID yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kenderaan yang mematuhi standard di atas.Sebagai contoh, United Nation Regulations 48 (UNR48) yang berkaitan lampu kenderaan, lampu utama kenderaan hanya boleh menggunakan lampu dengan kadar pancaran cahaya (brightness intensity) 4,300K maksimum. Tetapi dalam pasaran, terdapat lampu HID yang mencecah sehingga 16,000K.Sesiapa yang bersalah boleh didakwa dan didenda maksima RM2000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan.

Posted by Anthony Loke Siew Fook on Tuesday, November 20, 2018

 

Kebanyakkan lampu HID yang berada di pasaran tidak mengikuti kadar pancaran cahaya yang ditetapkan iaitu maksimum 4,300K. Jika lampu HID anda mengikuti undang-undang yang ditetapkan dalam United Nation Regulations, maka anda akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Bagi sesiapa yang didapati bersalah melanggar undang-undang ini akan didenda sehingga RM2,000 atau dipenjara sehingga enam bulan. Jadi jika anda salah seorang yang menggunakan lampu HID ini, anda haruslah menukar lampu anda sebelum anda dikenakan tindakan.

 

RENEW ROADTAX DAN INSURAN KENDERAAN ANDA BERSAMA KAMI.
RHB INSURAN, ETIQA TAKAFUL INSURAN, KURNIA INSURAN, ALLIANZ INSURAN , PACIFIC INSURAN, ZURICH TAKAFUL INSURAN.

MUDAH , MURAH , CEPAT .

MR PROGRESSIVE
Your Preferred Insurance Agency
+05-547 6567 @ +6019-521 0567
NO 6B JALAN GHAZALI JAWI,
31400 IPOH PERAK

2 thoughts on “Pemandu Guna Lampu HID Berdepan Saman RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *