MR INSURAN

Kesihatan Anda Bakal Terjejas Akibat Tabiat Buruk Ini!

Kesihatan Anda Bakal Terjejas Akibat Tabiat Buruk Ini!

car-pain

Memandu untuk tempoh yang lama mampu memakan semua tenaga kita. Tidak kira dari segi mental mahupun fizikal, badan kita akan beransur menjadi lesu dan penat. Tidak mustahil memandu dalam keadaan sebegitu mendedahkan pemandu dan orang lain kepada kemalangan yang serius.

 

Antar simptom jelas keletihan pemandu

  • Kesusahan fokus/sering berkhayal.
  • Kesusahan membuka mata dengan lebar/mata selalu letih.
  • Kesusahan mengamalkan keadaan mental yang aktif/melupakan fikiran dengan mudah.
  • Reaksi yang lambat.
  • Kesusahan memandu dalam lorong yang tertentu.

 

Memandu dalam tempoh yang panjang turut memberikan side effect kepada diri. Efek-efek memandu selama tempoh masa yang lama terhadap kesihatan:

article-2191670-11AE878E000005DC-155_634x405

Kesihatan fizikal

Perasan tak banyak pemandu teksi menggunakan kusyen di tempat duduk kereta? Memandu terlalu lama boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan, terutamanya sakit belakang badan. Tekanan pada tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan dari bahagian bawah belakang sampai ke leher.

Selain itu, kekurangan aktiviti fizikal yang disebabkan oleh pemanduan yang lama boleh menyebabkan masalah obesiti dan kesusahan penghadaman.

 

Kesihatan dalaman

Menurut kajian, pemanduan lebih daripada 16km secara berterusan boleh meninggikan tahap gula dan tahap kolestrol darah. Kesesakan lalu lintas yang teruk juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Satu kajian yang menarik turut menyatakan: Pemanduan untuk tempoh yang lama boleh menjejaskan kualiti sperma untuk para lelaki!

 

1 (1)

Kesihatan mental

Pemanduan memerlukan tumpuan perhatian mental yang tinggi. Oleh itu, tidak mustahil terkesan pada kesihatan mental juga. Pemanduan dalam kesesakan lalu lintas atau dalam keadaan tergesa-gesa boleh menyebabkan kemarahan, kekecewaan, dan perlepasan emosi yang tidak stabil, dan mungkin boleh menyebabkan kes-kes kemurungan.

 

Penjagaan kesihatan semasa memandu

Bagaimana hendak jaga kesihatan semasa memandu untuk tempoh yang panjang? Berikut merupakan tips penting yang boleh diamalkan!

 

1468285413814

  1. Makan sarapan yang ringan dan sediakan snek untuk perjalanan.

Pengambilan makanan yang berat pada waktu tengahari dan malam boleh menyebabkan kita berasa mengantuk. Sebaliknya, sediakan makanan yang lebih ringan seperti buah-buahan dan kekacang untuk mengisi kelaparan semasa memandu.

 

Top view of young man is sleeping in the bed.

  1. Dapatkan tidur yang mencukupi.

Tidurlah sekurang-kurangnya 8 jam sebelum mula memandu untuk tempoh masa yang lama.

 

  1. Berhenti berehat sekali-sekali.

Berehatlah selama 10 minit setiap 2-3 jam perjalanan untuk membenarkan badan dan minda anda berehat daripada tumpuan pada jalan raya.

 

31212

  1. Berdiri/berjalan kaki apabila terdapat masa lapang.

Semasa kita memandu, kita duduk di atas tempat duduk kereta sepanjang perjalanan. Pada waktu rehat, ambillah masa untuk berjalan-jalan atau berdiri sewaktu makan sarapan tengah hari atau makanan ringan.

 

  1. Jangan memandu pada masa yang anda biasanya tidur.

Badan dan minda kita jelas mengetahui masa tidur yang kita gemari. Jika kita memandu pada masa yang biasanya kita tidur, kita akan memerlukan usaha yang lebih banyak untuk menumpukan perhatian semasa memandu.

 

Tidaklah buruk kalau anda memandu untuk tempoh yang lama. Tetapi, diharap anda sedar akan kesan memandu lama terhadap kesihatan dan cara-cara memandu yang sihat!

 

MUDAH, BUKAN?

 

JANGAN LUPA UNTUK CLICK LIKE, COMMENT & SHARE. UNTUK LEBIH INFO FOLLOW PAGE ‘MRINSURAN.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *