MR INSURAN

KAEDAH PEMASANGAN BIKE CARRIER YANG DIBENARKAN JPJ

Pemasangan (2)

Ramai yang sudah mulai sedar akan kepentingan gaya hidup sihat. Kini, ratusan manusia sudah mula membanjiri taman-taman rekreasi di pagi dan petang hari untuk beriadah. Banyak riadah sihat boleh diamalkan, dan berbasikal adalah antara aktiviti pilihan rakyat Malaysia kini.

Namun, nak memuatkan basikal ke dalam kereta untuk dibawa kesana kesini tidak dinafikan agak sukar. Saiznya yang besar membuatkan susah untuk dibawa menaiki kenderaan. Oleh itu, pengubahsuaian kenderaan persendirian perlu dilaksana dengan memasang bike carrier di atas kereta.

Memasang bike carrier juga ada peraturan yang digariskan. Antara kriteria pemasangan roof-rack (para bumbung) / bike carrier:

  • Para bumbung perlu dipasang kukuh pada kenderaan.
  • Ukuran tinggi para bumbung tidak lebih 230 mm dari paras atas bumbung dan lebar serta panjang tidak lebih luas bumbung.
  • Ukuran basikal di bumbung kenderaan mesti tidak melebihi bahagian hadapan, belakang dan tepi bumbung.
  • Basikal perlu diikat kuat dan kemas agar tidak membahayakan pemandu lain.

 

Amaran: Pemasangan bike carrier di belakang kenderaan adalah TIDAK DIBENARKAN.

 

sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan.

 

 

Beriadahlah Kerana Kesihatan Adalah Nikmat Yang Tidak Boleh Digantikan.

 

 

MUDAH, BUKAN?

 

JANGAN LUPA UNTUK CLICK LIKE, COMMENT & SHARE. UNTUK LEBIH INFO FOLLOW PAGE ‘MRINSURAN.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *