MR INSURAN

Hati-Hati atau Tidak Anda dan Kereta Tersadai Tepi Jalan

Hati-Hati atau Tidak Anda dan Kereta Tersadai Tepi Jalan

 

????????????

Situasi enjin menjadi terlampau panas kerap berlaku ketika cuaca panas. Walaupun jarang berlaku pada kenderaan hari ini, namun kereta yang dijaga rapi pun tetap boleh menjadi terlalu panas enjinnya. Admin sendiri pernah mengalami situasi sebegini. Nak tahu macam mana admin atasi masalah sebegini?

 

Jika anda bimbang sangat dan mahu berhenti seketika, boleh ikuti kaedah-kaedah ini:

  1. Berhenti Di Tempat Teduh.

cars-under-trees-in-Vancouver-Canada

  1. Jangan Terus Matikan Enjin, sebaliknya:
  • Matikan penghawa dingin, buka semua tingkap, suis kipas pada tahap maksima,
  • Buka bonet enjin dan check samada tali kipas tidak putus atau berkeadaan longgar,
  • Lihat kipas penyejuk enjin berfungsi atau tidak,
  • Check ada tidak kebocoran pada saluran getah penyambung dan komponen radiator.

 

  1. Tingkatkan Penyejukan.

Tekan injak pemecut untuk tingkatkan putaran enjin dalam keadaan bonet terbuka. Ini meningkatkan penyejukan radiator enjin.

 

  1. Tunggu Enjin Sejuk Dan Isi Semula Radiator.

Tunggu lebih kurang 30 minit untuk enjin sejuk, baru buka penutup radiator. Jika kurang atau kering, isikan air dan cecair penyejuk.

 

  1. Dapatkan Bantuan Mekanik.

DSCN1000

 

 

Sekiranya anda tetap mahu meneruskan perjalanan, ini yang boleh anda praktikkan:

  1. Matikan Penghawa Dingin

SBF AC Pressure switch

  1. Elakkan Dari Membrek Banyak Kali

Cuba untuk memandu dengan perlahan-lahan. Sekiranya sudah berhenti, kekal main dengan pedal minyak untuk menjadikannya panas. Jika keadaan lalulintas merangkak-rangkak pula, bergerak ke depan hanya bila jarak kereta anda dengan kenderaan di hadapan sudah menjadi terlalu besar.

 

  1. Tingkatkan Penyejukan

Jika anda terhenti di traffic light, tukarkan ke gear Neutral (N) atau Parkir (P) untuk meningkatkan putaran enjin sedikit.

 

  1. Berhenti

man sets the warning triangle

Jika kesemua yang di atas tidak menjadi, berhenti sahaja di bahu jalan dan mulakan pemeriksa seperti di atas tadi.

 

 

Setelah Enjin Kembali Sejuk:

Dengan segera bawa kereta ke mekanik atau pusat servis untuk pemeriksaan sewajarnya. Ketika memandu, elakkan membrek mengejut atau memecut laju. Ini supaya beban enjin sentiasa rendah. Perhatikan juga meter suhu dan jika suhu kembali naik, disarankan berhenti di bahu jalan. Matikan enjin dan panggil penunda untuk membawa kereta ke pusat servis.

 

Jika enjin kerap terlebih panas atau mencapai tahap merah, ini menunjukkan adanya masalah yang lebih besar. Jadi hubungi kedai baiki kereta atau pakar kenderaan yang anda percayai. MrInsuran turut ada khidmat tunda kereta free (tertakluk pada terma & syarat). Kalau anda mahu, call atau Whatsapp ke www.wasap.my/60195210567

Untitled design

 

Langkah beringat-ingat:

  • bawa bekalan air (5 atau 10 liter)
  • kes-kes kecemasan yang lain

 

sumber: Kecemasan.info

 

MUDAH, BUKAN?

 

JANGAN LUPA UNTUK CLICK LIKE, COMMENT & SHARE. UNTUK LEBIH INFO FOLLOW PAGE ‘MRINSURAN.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *