MR INSURAN

Fakta yang Anda Perlu Tahu Tentang Bugatti Veyron

Fakta yang Anda Perlu Tahu Tentang Bugatti Veyron

Kalau asyik serius sahaja tak best la kan? Jadi, apa kata admin bagi chance kita ringan-ringan sikit untuk artikel kali ini. Haha.

Bagi mat-mat racer diluar sana mesti kenal sangat dengan Bugatti Veyron, kan? Antara salah satu kereta yang favourite ramai dan mula menjadi buruan para jutawan sejak diperkenalkan dalam sekuel Fast & Furious. Jangan sebut harga dengan admin, awal-awal admin dah kibar bendera putih. Mahal baq hang! 

 

 

Bugatti-Veyron-Grand-Sport-Vitesse-Side-View

Tetapi, tak salah kan untuk minat? Moh kita selidik fakta-fakta yang kebanyakan umum sendiri tak tahu pasal Bugatti Veyron ini.

  • Satu liter minyak yang diisi untuk Bugatti Veyron ini hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.

 

  • Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800 darjah celcius!

 

  • Tenaga yang digunakan bagi menjalankan enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.

ComputerDesktopWallpapersCollection567_048

  • Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000.

 

  • sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.

 

  • Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.

 

  • Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.

 

  • Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja.

170322093349-05-dubai-police-supercars-super-169

  • Difahamkan harga bagi sebuah kenderaan yang dihasilkan di Perancis ini mencecah RM4 juta sebe;um cukai. Jika termasuk cukai, harga terus melambung ke RM12 juta. Berminat?

 

  • Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.

 

  • Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.

 

  • Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.

 

  • Pada kelajuan 400km/j ke atas, Bugatti menggunakan lebih kurang 1.2 liter petrol.

 

  • Pada kelajuan 400 km/j juga, jumlah udara yang disedut oleh enjin Bugatti membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari!

003_450_3-4_front

Wow, bukan? Kalau mampu memiliki, belilah!

Sumber: Oh My Media

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *