MR INSURAN

Diharamkan Bawa Kenderaan kalau Tiada Dokumen ini! – JPJ

Diharamkan Bawa Kenderaan kalau Tiada Dokumen ini! – JPJ

“Tiket flight dah check-in, itinerary dah lengkap, duit pun mencukupi nak berjalan seminggu bercuti di Australia nih”.

Amirul pun dengan senang hati pergi ke kedai perkhidmatan sewa kereta untuk menyewa kereta. Excited sungguh Amirul.

“I’m sorry sir. You are illegal to drive due to you don’t have license permit”. ALAMAK!!!

 

 

Runsing, bukan?

Ketika anda berharap semua benda berjalan seperti yang dirancang, tiba-tiba ada sesuatu terjadi diluar bidang kemampuan kita.

Sesetengah negara tidak mempunyai akses yang luas untuk bergerak (kekurangan pengangkutan awam ataupun tempat pelancongan yang jauh). Tiada pilihan lain, iaitu bagi yang memerlukan kenderaan ketika bercuti diluar kereta, amatlah penting untuk anda mempunyai lesen permit memandu antarabangsa. Tak kiralah anda mempunyai 50 tahun pengalaman memandu kereta sekalipun, sekiranya tak memohon permit lesen memandu antarabangsa tetap tidak dibenarkan untuk memandu.

Ingat! Anda memandu di negara orang, bukan Malaysia, okay!

 

Cara hendak memohon?

Senang sahaja!

1. Pergi mana-mana JPJ yang terdekat.
2. Bawa kad pengenalan & lesen memandu.
3. Bawa 1 salinan kad pengenalan.
4. Bawa 1 salinan lesen memandu.
5. Bawa 1 gambar berukuran pasport.
6. Bayaran RM 150 untuk setahun.
7. Siap 5 minit (kalau tak ada apa-apa masalah la)

 

Sebelum itu, pastikan anda tahu negara mana yang dibenarkan memakai lesen permit Malaysia ini.

Negara-negara yang mempunyai kontrak lesen memandu dengan Malaysia

 

Lepas ni bolehlah berjalan vacation dengan senang hati 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *