MR INSURAN

Berhenti Duduk Cara Begini dalam Kereta Kalau Sayang Nyawa

Berhenti Duduk Cara Begini dalam Kereta Kalau Sayang Nyawa

Airbag dash

Kami yakin posisi duduk cara begini menjadi favourite penumpang amnya ketika berada dalam kereta. Posisi kaki melunjur di atas dashboard dipancari dengan sinaran matahari seolah-olah terasa macam sun bathing di pantai.

Tapi tahukah anda bahawa posisi inilah yang mempunyai kadar kemungkinan membawa maut yang tinggi? Atau paling ‘selamat’ pun sekadar patah-riuk organ badan.

Beg udara akan aktif pada kadar kelajuan 100 sehingga 220 MPH. Jadi, bayangkan kalau sesuatu berlaku dan airbag tiba-tiba keluar tapi kaki berada di situ. Boleh bayangkan bahayanya?

Seorang pengguna yang viral di Facebook ada menulis, ” Saya duduk dengan posisi begitu dan terlibat dalam kemalangan. Hasilnya, tulang hidung saya patah dan gigi saya hilang. Saya turut menerima 8 jahitan luaran dan 6 jahitan di dalam“.

Bila sudah masuk hospital bersiap sedialah untuk mempunyai wang yang cukup. Itu belum termasuk bil ubat-ubatan dan pembedahan lagi. Mahu menelan perbelanjaan beribu untuk kos keseluruhan perubatan di hospital swasta. Lainlah kalau anda ‘kalis sakit’ sanggup menunggu giliran di hospital kerajaan.

Apa yang terbaik ialah mempunyai perlindungan Personal Accident (PA) yang khas melindungi perbelanjaan hospital dan kerosakan kereta disebabkan kemalangan. Lebih maklumat lanjut rujuk ke Mr Insuran 019-5710567 (Roshailan).

Untitled design

Jadi sentiasa beringat. Nak aksi sun bathing sekalipun buatlah di pantai, bukan di dalam kereta ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *