MR INSURAN

Bateri Kereta ‘Kong’ Tiba-Tiba: Apa perlu Dibuat?

Bateri Kereta ‘Kong’ Tiba-Tiba: Apa perlu Dibuat?

Insiden kereta tersadai ditepi jalan bukanlah menjadi perkara biasa. Salah satu punca dikenal pasti ialah kerosakan pada bateri kereta. Samada bateri betul-betul sudah habis, ataupun berlaku kerosakan pada bateri yang menyebabkan kereta tidak boleh berjalan. Sebenarnya ada tip untuk mengelak daripada masalah bateri kereta anda berlaku.

 

1 Teruskan Memandu

Bateri lebih kerap berada dalam tegangan tinggi untuk pemanduan jarak dekat. Ini kerana enjin dan komponen alternator tidak mampu atau tidak sempat mengecas semula bateri kepada kapasiti sepatutnya. Cuba lakukan perjalanan lebih jauh untuk memberi peluang kepada kereta mengecas semula bateri tersebut. Ataupun gunakan pengecas bateri luaran seperti yang ada di  bengkel kereta.

 

2. Sentiasa Matikan Kenderaan Sepenuhnya

Kebanyakan kereta moden hari ini dilengkapkan teknologi penyuraian tenaga.  Jika enjin dibiarkan dalam posisi ignition on tanpa dihidupkan sepenuhnya, bateri boleh ternyahcas dengan pantas. Lampu dan pemanas (kereta luar negara) juga menjadi ancaman terbesar kepada bateri, begitu juga port USB atau bekalan 12V yang mampu menyahcas bateri dengan lebih cepat.

 

3. Kurangkan Tegangan

Memijak klac bagi pemilik kereta manual ketika menghidupkan enjin mampu membantu mengurangkan tegangan bateri. Selain mengurangkan beban kerja menghidupkan enjin, cara ini juga mengurangkan beban ke atas bateri kereta.

 

4. Periksa Bateri

Sentiasa periksa bateri kereta ketika membuka bonet bagi mengenal pasti jika ada bahagian berkarat. Atau hantar saja diperiksa mekanik. Jika baru beli kereta terpakai, periksa manual untuk memastikan pemilik lama menggunakan jenis bateri betul untuk kereta tersebut. Bateri lama sudah semestinya perlu ditukar dengan bateri baharu.

 

5. Periksa Sistem Lain Berkaitan Kereta

Jika masih ragu-ragu, gunakan bantuan pakar untuk memeriksa alternator, sistem penghidup, dan sistem pengecas untuk kereta dan bateri. Jika komponen itu sudah tidak dapat berfungsi baik, bateri berisiko terlebih cas, kurang cas atau tidak dapat dicas langsung. Semua faktor itu turut mempengaruhi jangka hayat bateri kereta.

 

6. Servis Kereta

Kenderaan yang tidak diselenggara baik juga dapat memberikan tegangan ke atas bateri, termasuk tayar yang tidak bergerak tanpa tekanan angin mencukupi hingga enjin yang dipaksa bekerja melampau batas. Kondisi bateri kereta lebih baik dalam persekitara panas berbanding sejuk.

 

7. Kenali Tanda Amaran

Bunyi asing seperti ‘klik’ ketika menghidupkan enjin, paparan jam atau maklumat pada kluster meter semakin malap atau enjin berputar perlahan ketika dihidupkan ialah antara tanda amaran bateri sudah semakin lemah sebelum rosak sepenunnya.

 

8. Jangan Terlalu Mencuba

Sebuah bateri tidak boleh dicas semula sekiranya sudah rosak. Tidak perlulah terlalu mencuba kerana anda hanya akan membantu melemahkan kuasa bateri tersebut tanpa sebarang sebab. Situasi ini kerap berlaku pada bateri yang ternyahcas secara total.

 

9. Utamakan Keselamatan

Jika kereta sudah tidak dapat bergerak ataupun rosak di kawasan tidak sepatutnya, seperti di tengah persimpangan, pastikan kereta ditolak atau ditunda ke kawasan lebih selamat.

 

10. Siap Sedia ‘Jump Start’

Sewaktu kecemasan, anda mungkin perlu menghidupkan kereta menggunakan teknik jump start. Sentiasa bawa dan simpan kabel pelompat (jumper) dalam bonet dan belajar prosedur melakukannya.

 

kredit artikel asal: pandulaju.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *