MR INSURAN

COMPREHENSIVE , THIRD PARTY FIRE & THEFT SERTA THIRD PARTY?

This image has an empty alt attribute; its file name is third-party-coverage-vs.178012318.pngGambarajah diatas menunjukkan perbandingan diantara jenis perlindungan insuran kenderaan. Biasa kalau kita nak renew insuran , Kita boleh minta 3 jenis pilihan coverage insuran mengikut kadar umum yang ditetapkan.

Kalau korang buat insuran kereta ada 3 jenis perlindungan insuran kereta

  • 1st party (COMPREHENSIVE)
  • 3rd party (THIRD PARTY)
  • 3rd party fire & theft (THIRD PARTY FIRE & THEFT)

Ketiga-tiga ni ada perbezaan dari segi perlindungan.

1st party (COMPREHENSIVE)

Biasanya kereta bawah 15 tahun akan ambil insuran kereta jenis ni. Sebab akan cover eksiden, hilang dan total lost.

Senang cite apa yang terjadi semua cover la. Kecuali korang ikut Agreed Value dari insuran.. (jumlah cover yang ditentukan oleh insuran).

Contoh macam ni.

Ni insuran etiqa. Langkah selamat korang ikut je AV (Agreed Value) dari insuran. Offkos AV lebih tinggi dari MV (Market Value).

Kalau tak ikut ada kesan tak?

yup ada kesan.. Contoh korang ikut MV.. Jadi nanti bila claim insuran tak akan bayar penuh.. Mungkin 50%, mungkin 80% ikut pada peratus pengurangan yang korang buat.

NOTA: baik ikut je.. Saya ada kes customer nak kurang harga insuran. Pastu die eksiden claim 8k, insuran bayar 3k je.. Baki 5k die kena bayar


Ini contoh covernote dari insuran Allianz.. So semua maklumat ada dalam ni. Penting untuk anda mintak dari agen yang renew insuran covernote ni.

3rd party ( THIRD PARTY )

Ni pun ada cover tau untuk orang ke-3. Kalau Eksiden untuk

repair tak cover,
hilang tak cover,
total lost tak cover.
So apa yang cover?

Katakan anda terlanggar orang pejalan kaki. Kemudian orang tu buat claim body insuran. Bila claim macam ni kena masuk mahkamah.

Jadi duit laywer, kos guaman dan nilai tuntutan sapa bayar?

Insuran akan bayar semua.. Ni la kelebihan walaupun amik 3rd party je.. 3rd party ni tuk kereta yang dah umur kereta 15 tahun ke atas.

Biasanya tak banyak insuran offer 3rd party sebab untuk kereta kena amik 3rd party fire & theft.

3rd party fire & theft ( THIRD PARTY FIRE & THEFT )

Jenis ni jugak

tidak cover repair disebabkan eksiden,
tidak cover total lost.
tapi cover hilang,
kebakaran di sebabkan litar pintas dan tuntutan dari pihak ke-3.
Biasanya untuk kereta yang lebih 15 tahun keatas baru boleh buat 3rd party.

Korang jangan ingat kereta lama tak hilang. Saya ada kes kereta saga lama hilang.. (saga keta kebal tu..) Ada orang minat jugak ooo.. Insuran bayar jugak dekat orang tu..

Insuran jenis ni ada cover jugak. Minimum cover 8k atau 10k ikut pada jenis insuran.

Korang kena ingat.. Walaupun cover RM8,000 tapi kalau claim hilang pihak insuran akan market value. Kalau macam dalam gambar.. Mungkin dalam 2,000 – 3,000 sahaja insuran akan bayar untuk kes hilang.

So yang penting JANGAN BAWA kereta TANPA ROADTAX dan INSURAN.

Sebab kalau kena saman polis nanti akan di caj saman roadtax RM300 dan saman tanpa insuran RM300. Lepas tu kalau accident tanpa ada roadtax LAGI teruk..

Kerosakan kereta bayar sendiri..

Tuntutan pihak ke-3 bayar sendiri..

Kalau kes kena masuk mahkamah pun kena bayar sendiri.

Saya ambil insuran untuk buat roadtax je

Jangan macam tu tuan.. Kena ambil tahu jugak.. Sekurangnya nanti ada apa-apa masalah senang nak refer..Buat apa bayar insuran tapi tak guna.. Betul tak?

Okla cukup..

Tak faham korang boleh tanya..jangan malu-malu…

KREDIT : Bertampadu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *