Apa Berlaku jika Dilanggar oleh Kenderaan 3rd Party?

Apa Berlaku jika Dilanggar oleh Kenderaan 3rd Party?

 

Kerap kali berlaku dan MRINSURAN sering mendapat panggilan telefon berkenaan hal ini.

“kereta saya terlibat kemalangan, insurans saya kena tolak tak?.”

“bang, kereta aku 3rd party, macam mana ni dah langgar kereta orang.”

“kereta kene sondol, macam mana ye nak claim?.”

 

Sebelum kita masuk lebih dalam, biar MRINSURAN terangkan dulu coverage apa yang ada untuk kenderaan bermotor ini.

  1. Comprehensive /1st party
  2. Third party Fire & theft
  3. Third party

 

Untuk artikel kali ini, kami highlightkan maksud “third party

Third party ini bermaksud pihak ketiga. Kalau dalam bab kemalangan, third party ini ialah pihak lain yang dilanggar/melanggar. Third party bertujuan untuk melindungi pihak lain yang terlibat sama dalam kemalangan. Akan tetapi, ianya tidak akan melindungi anda.

Oleh sebab itu, harga premium untuk third party lebih murah berbanding insurans yang lain. Hal ini kerana ia hanya melindungi pihak ketiga tetapi tidak melindungi kenderaan anda.

 

Contoh situasi:

Situasi 1

Pemandu kereta hijau adalah pemegang polisi 3rd party, manakala pemandu kereta merah merupakan pemegang polisi comprehensive/first party.

 

Pelanggaran telah berlaku. Keputusan kes dari pihak berkuasa (iaitu polis report) mengatakan kenderaan Hijau adalah bersalah. Maka, kenderaan Merah boleh membuat tuntutan insuran dari kenderaan Hijau, manakala kenderaan Hijau pula tidak boleh membuat tuntutan insuran untuk dirinya kerana dia pemegang polisi third party sahaja.

 

Situasi 2

Kedua-dua pemandu kereta Merah dan Oren adalah pemegang polisi comprehensive/first party. 

*bear in mind, First Party cover pihak ketiga dan diri anda sendiri.

 

Sekiranya berlaku kemalangan dan keputusan kes mengesahkan kenderaan Merah adalah bersalah. Maka, kenderaan Oren boleh membuat tuntutan kepada insuran kenderaan Merah.

Dan kenderaan Merah pula boleh membuat tuntutan insuran dengan kenderaan sendiri.

 

Jadi, usahlah risau. Sekiranya anda dilanggar atau erti kata lain anda dibuktikan tidak bersalah, maka anda tak perlu runsing kerana pihak yang bersalah akan melindungi insurans anda.

TAPI, pastikan report polis dibuat ya!

 

Bagaimana membuat tuntutan? kami akan masukkan dalam artikel seterusnya.

 

 

 

One thought on “Apa Berlaku jika Dilanggar oleh Kenderaan 3rd Party?

  1. Hi there! This post could not be written much better!
    Going through this post reminds me of my previous roommate!

    He continually kept talking about this. I will forward this
    post to him. Fairly certain he will have a good read. Thanks for sharing!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *