MR INSURAN

Anda Dirundung Bahaya Jika Tiada Sistem Ini di dalam Kereta

Anda Dirundung Bahaya Jika Tiada Sistem Ini di dalam Kereta

safety-recall

Kemalangan berlaku tanpa diduga. Ia boleh datang dari pelbagai kemungkinan iaitu punca dari kesalahan diri sendiri, pemandu lain ataupun keadaan fizikal jalanan. Apa yang boleh kita lakukan ialah sentiasa berhati-hati dan pastikan kereta berada dalam kondisi yang baik.

Rasanya ramai yang biasa dengar atau terbaca tentang sistem ABS. benar, ia adalah salah satu ciri keselamatan pada kebanyakan kenderaan moden masakini untuk mengelak dari berlakunya kemalangan.

 

Definisi: ABS bermaksud Anti-lock Brake System. Dalam bahasa Malaysia disebut Sistem Brek Anti-kekunci.

 

Apa kelebihannya?

  1. Sistem brek yang lebih baik (mengelak kemalangan) berbanding sistem brek tradisional sediada.
  1. Pemandu berupaya mengawal pemanduan stering tanpa membuat kereta ‘skidding’ atau berpusing. Pemandu turut mempunyai masa untuk mengelak objek atau halangan di hadapan.
  1. Sistem ini terbukti berfungsi baik dalam sebarang keadaan cuaca – panas dan permukaan jalan kering, hujan, salji mahupun permukaan berais.

 

Sistem ABS berfungsi secara berkesan mengikut 3 peraturan utama iaitu;

  • Brek – Pijak pedal brek dengan keras dan jitu.
  • Kekal membrek – Tekan atau pijak pedal berterusan. Jangan sesekali ‘pam’ atau pijak-angkat-pijak-angkat!
  • Kawal stering – Arahkan pemanduan ke laluan yang selamat.

 

Bagaimana sistem ini berfungsi?

Sistem ini berfungsi dengan cara mencengkam dan lepas brek dengan kadar sangat cepat. Jika kaki anda rasa gegaran pada pedal brek dan terdengar bunyi letupan kecil seperti ‘pop’ sewaktu membrek, jangan bimbang atau panik. Ia adalah normal dan menunjukkan sistem ini berfungsi dengan baik.

 

Macam mana nak tahu kereta kita ada ABS?

Bagi kenderaan yang dilengkapi sistem ABS, biasanya lampu logo seperti di bawah akan menyala seketika di panel pemuka sebaik anda ingin menghidupkan enjin.

 

IISTD ABS Light On

 

Sungguhpun sistem ABS ini membantu menggelakkan kemalangan, ini tak bermakna kita boleh sentiasa memandu secara agresif. Pastikan jarak kenderaan dengan kenderaan di hadapan adalah sesuai dan sentiasalah memakai tali pinggang keselamatan sewaktu memandu.

 

“PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT”

 

MUDAH, BUKAN?

JANGAN LUPA UNTUK CLICK LIKE, COMMENT & SHARE. UNTUK LEBIH INFO FOLLOW PAGE ‘MRINSURAN.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *