MR INSURAN

Amaran Keselamatan Bagi Pemandu Terutamanya Wanita!

Amaran Keselamatan Bagi Pemandu Terutamanya Wanita!

Shopping sambil makan angin sememangnya menjadi satu rutin bagi kaum hawa di hujung minggu, lagi-lagi dapat diluangkan bersama dengan bff korang. Tetapi dalam masa kita berseronok, kadang kala boleh berlaku insiden yang kurang enak – kereta rosak! Habis spoil mood berjalan. Di sini, kami fokuskan 5 masalah yang sering berlaku beserta solusi ketika berdepan situasi berkenaan.

 

  1. Tayar Pancit

car_breakdown_equipment
MESKIPUN ANDA SUDAH TUKAR TAYAR BARU, RISIKO UNTUK PANCIT JUGA TINGGI DISEBABKAN SERPIHAN KACA DAN PAKU

 

Penyelesaian: Pastikan kelengkapan menukar tayar itu cukup. Item yang paling penting adalah car jack dan semestinya tayar spare yang cukup angin. Dan kalau yang guna sports rim tu, pembuka lock nut jangan lupa. Nanti tak dapat pula nak buka tayar anda.

 

  1. Kereta Tak Dapat Start

8-11-11CarWontStart
SEDANG ANDA BERHENTI DI R&R DAN HENDAK MEMULAKAN PEMANDUAN, TETAPI KERETA PULA TIDAK MAHU HIDUP

 

Penyelesaian: Jangan panik. Mungkin hanya masalah bateri. Jadi kabel jumper kena ada dalam kereta supaya kereta lain boleh bantu untuk jump. Kalau tidak pun, boleh beli bateri di stesyen minyak berdekatan. Hubungi pihak insurans anda untuk khidmat servis percuma!

Boleh dapatkan nombor yang tertera di sticker roadtax kereta @ call sahaja agen anda. Pastikan anda ada membeli Personal Accident (PA) dari agen. Sekiranya belum ada, hubungi 019-5210567 (MrInsuran), mesej facebook, atau whatsapp sahaja kami.

 

  1. Temperature Kereta Tiba-Tiba Naik

maxresdefault
MENERUSKAN PERJALANAN KETIKA SUHU CECAH ‘HOT’ BOLEH MENYEBABKAN KERETA ANDA BERASAP

 

Penyelesaian: Cepat-cepatlah berhentikan kereta di tepi jalan. Buka bonet depan dan biarkan seketika enjin agak-agak sejuk, barulah periksa apa benda yang rosak. Banyak yang perlu diteliti antaranya ialah radiator, pressure cap, dan sensor temperature.

Jika semua telah anda lakukan tanpa menjumpai tanda-tanda tak normal pada kereta tersebut tetapi temperature masih lagi high, mungkin ada ‘cacat’ pada meter panel odometer. Bagi yang tidak mahir bab-bab kereta ini, bolehlah call minta bantuan Personal Accident (PA) dari agen insurans anda. Mudah!

 

  1. Gegaran Pada Kereta Berlaku

shaking-car-steering-wheel-indicate_ae44972b1f9f6c89
AMAT BAHAYA MEMBAWA KERETA YANG TENGAH BERGEGAR ATAU TERSANGKUT-SANGKUT

 

Penyelesaian: Lakukan diagnosis terhadap kereta dengan memeriksa pada enjin kereta. Cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Boleh jadi juga brek kereta rosak atau alignment tayar lari. Sekiranya itu puncanya, segera jumpa pakar yang boleh selesaikan masalah kereta anda.

 

  1. Brek Tak ‘Makan’

brake-repair
BANYAK KOMPONEN YANG PERLU DIPERIKSA SEKIRANYA MELIBATKAN BREK KERETA, ANTARANYA BRAKE DISK

 

Penyelesaian: Periksa takat minyak brek dalam tabung yang anda boleh lihat dalam bonet depan kereta, bersebelahan dengan enjin kereta. Pastikan sukatan antara minimum dan maximum. Sekiranya waktu anda tambah minyak brek tertumpah, segera lap kerana sifatnya yang menghakis. Peralatan tak mencukupi? Minyak brek tiada? Personal Accident (PA) kan ada.

 

Begitulah antara masalah yang kerap timbul kalau anda buat perjalanan jauh. Jadi kalau anda dibawah perlindungan Personal Accident, tak perlu risaulah pasal kemalangan. Sekejap! Dari awal post asyik sebut pasal benda alah tu, apa sebenarnya Personal Accident ini?

 

safety-recall
PERSONAL ACCIDENT MEMBERI PERLINDUNGAN PENUH PADA DIRI DAN KENDERAAN DARI SEBARANG KEROSAKAN AKIBAT KEMALANGAN

 

Apa tu Personal Accident (PA)?

Malang tidak berbau dan kami sedar akan itu. Maka, Personal Accident (PA) terhasil adalah untuk memberi khidmat bantuan kepada pemandu-pemandu yang menghadapi kesulitan ketika di jalan raya. Antara perlindungan yang ditawarkan termasuklah khidmat towing percuma, servis tukar tayar, khidmat ambulans (sekiranya terlibat kemalangan) dan macam-macam lagi.

 

Macam mana nak apply?

Setiap kali anda renew road tax, anda diwajibkan untuk perbaharui insurans kenderaan sekali. Dan Personal Accident (PA) ini akan terdapat di dalam insurans kenderaan anda. Walaubagaimanapun, memiliki PA untuk kereta anda adalah tak wajib kerana ianya hanyalah pilihan.

Sekiranya anda berkeinginan untuk PA, Mrinsuran turut menyediakan servis tersebut. Harga fleksibel mengikut kemampuan anda. Usahlah kedekut untuk berbelanja sedikit untuk keutamaan keselamatan dan keselesaan anda. Anda dan orang tersayang juga yang merasa manfaatnya.

 

Masalah datang tanpa mengira orang, dan siapalah kita untuk menduga insiden apa yang bakal menimpa. Jadi, berpeganglah pada pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”. Dengan adanya Personal Accident, memang tidak perlu risau lagi tentang kerosakan kereta. Kini, anda boleh memulakan penggembaraan dengan lancar.

 

Jadi, jangan lupa hubungi MrInsuran di:

Call: 019-5210567 @ Facebook DM

@ Whatsapp 

@ Whatsapp 

@ Whatsapp 

 

Hati-hati ketika memandu! Sayonara~

 

MUDAH, BUKAN?

 

JANGAN LUPA UNTUK CLICK LIKE, COMMENT & SHARE. UNTUK LEBIH INFO FOLLOW PAGE ‘MRINSURAN.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *