MR INSURAN

Aircond Rosak, Hujan Pula, Apa nak Buat? Inilah 4 Langkah yang 90% Pemandu Tak Tahu.

Aircond Rosak, Hujan Pula, Apa nak Buat? Inilah 4 Langkah yang 90% Pemandu Tak Tahu.

 

Bila berlaku situasi seperti ini, mesti tahap kerisauan anda amat tinggi. Sudah lah hujan lebat, bertambah parah pandangan anda terhad disebabkan cermin kereta kabur. Macam mana ini?

 

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Oleh kerana anda dalam perjalanan balik kampung, kemungkinan besar anda ada membawa ubat gigi bersama anda.

Screen Shot 2017-05-26 at 11.52.00 AM

Picit sedikit ubat gigi dan sapukan sama rata di bahagian dalam cermin kereta anda. Ini akan dapat membantu mengecah wap air dari mengaburkan cermin anda. Krim pencukur juga boleh digunakan namun mungkin ramai yang tidak menggunakannya. Begitu juga sabun buku.

 

Satu cara lagi, jika kebetulan ada ternampak kedai runcit, beli lah ubi kentang. Kaedah ini mudah akan membantu cermin anda agar bebas-kabus. Penunggang motosikal juga boleh menggunakan kaedah ini untuk menyahkabus visor helmet anda.

 

Langkah 1

Screen Shot 2017-05-26 at 11.52.15 AM

 

Potong kentang mentah kepada dua bahagian. Pastikan untuk menggunakan kentang yang bersih, atau cucikan ia jika bersalut tanah.

 

Langkah 2

Screen Shot 2017-05-26 at 11.52.31 AM

 

Gosok bahagian dlaam kentang yang dipotong tadi pada cermin. Ini akan membersihkan cermin dan meninggalkan lapisan yang akan mencegah pemeluwapan pada tingkap.

 

Langkah 3

Screen Shot 2017-05-26 at 11.52.41 AM

 

 

Gunakan separuh lagi jika diperlukan. Anda juga boleh memotong kentang tadi untuk membuang bahagian yang telah kotor kerana digosok tadi, dan terus menggunakannya lagi jika mahu.

 

Langkah 4

Screen Shot 2017-05-26 at 11.52.52 AM

 

Biarkan kering tanpa menyentuh cermin. Setelah kering, lapkan saki baki kentang jika ada pada cermin dengan tisu kering.

 

Teruskan memandu! Mudah-mudahan kini cermin atau visor anda tidak akan memeluwap lagi!

 

Sumber: Careta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *