MR INSURAN

7 Sebab Mengapa Stereng Kereta Menjadi Berat

7 Sebab Mengapa Stereng Kereta Menjadi Berat

ThinkstockPhotos-638893738-640x213

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutama ketika hendak meletak kenderaan ke dalam parking lot dan apabila kereta banyak membelok di simpang jalan.

 

7 Sebab Keadaan ini Mungkin Berlaku kerana :

1. Tekanan angin tayar depan yang terlalu rendah atau tidak sama antara keduanya
2.  Diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama
3. Penjajaran (alignment) tayar depan kurang tepat
4. Brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel
5. Kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng
6. Kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan
7. Penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian/stereng.

 

drive

Dalam pada itu, stereng automatik dan manual memang berbeza. Untuk tujuan meletak kereta, mengundur atau membelok, stereng automatik lebih mudah dan selesa. Namun, ada ketikanya masalah stereng berlaku ketika anda memandu laju pada kedua-dua model. Ketika kenderaan bergerak pada kelajuan tinggi di atas jalan yang rata, roda depan terasa meliar dan stereng sukar dikendalikan. Keadaan ini berbahaya terutama jika kenderaan bergerak laju melebihi 100 kilometer/ jam apa lagi jika melalui jalan basah dan licin.

 

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Jika anda berhadapan dengan keadaan sebegini, antara pemeriksaan dan pembaikan kecemasan yang boleh dilakukan termasuk memeriksa gerak bebas stereng. Gerak bebas stereng adalah gerakan berputar stereng yang tidak menyebabkan roda depan bergerak ke kiri atau kanan. Gerak bebas normal stereng adalah sebesar 10-30mm dari suatu tanda tetap.

Apabila gerak bebas stereng terlalu besar, maka akan terjadi kenderaan bergerak dalam keadaan liar. Memang sukar untuk memeriksa sendiri rod kemudi dan sambungan yang longgar, jadi bawalah ke bengkel.
3309376898_7ddf1706b1
Ketika sedang dipandu di atas jalan datar, bahagian belakang kenderaan bergoyang kuat sehingga menjejaskan keselesaan penumpang belakang. Keadaan itu boleh terjadi disebabkan bolt pegas daun penyerap hentak/absorber belakang patah. Akibatnya kenderaan tidak stabil dan tidak dapat dipandu dengan mudah terutama pada kelajuan tinggi. Keadaan ini sering terjadi terutama pada kenderaan besar.

Gejala yang sama mungkin terjadi disebabkan tiupan angin sampingan yang kuat. Bagaimanapun, keadaan ini banyak terjadi pada kenderaan ringan. Keadaan sistem pengemudian hendaklah diperiksa dengan teliti kerana ia berkaitan dengan keselamatan penumpang.

 

 

Anda Boleh Lakukan Sendiri/DIY

1. Periksa tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkat kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

2. Periksa kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan, termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.
june-article-tires
3. Pastikan beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.

4. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

5. Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

 

Kesimpulan

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.

sumber: Sinar Harian

 

MUDAH, BUKAN?

 

JANGAN LUPA UNTUK CLICK LIKE, COMMENT & SHARE. UNTUK LEBIH INFO FOLLOW PAGE ‘MRINSURAN.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *