MR INSURAN

5 Tips Penjagaan & Keselamatan Kereta Yang Perlu Diketahui oleh Semua Pemilik Kereta

5 Tips Penjagaan & Keselamatan Kereta Yang Perlu Diketahui oleh Semua Pemilik Kereta

car-burglar
Salah satu ciri penting yang perlu diambil berat oleh semua pemilik kereta adalah bukan sahaja perlu memastikan kereta dijaga dan diselenggara dengan baik, tetapi juga perlu memastikan keadaan sekelilingnya selamat daripada kecurian. Malang sekali, kejadian curi kereta semakin menjadi-jadi masakini. Sungguhpun begitu, ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah kecurian kereta dan mengelakkan kereta anda daripada menjadi salah satu daripada statistic tersebut.

 

Bacalah seterusnya untuk lima langkah mudah bagi mengatasi masalah kecurian kereta :

 

  1. Peranti Anti Kecurian

slider2

Kebanyakan kenderaan baru masakini mempunyai peranti anti kecurian yang telah siap dipasang oleh pengeluar kenderaan. Periksa dan pastikan yang kereta anda ada peranti ini. Pastikan juga anda tahu bagaimana hendak menggunakannya. Jika anda mendapati kereta anda tak mempunyai peranti ini, bawalah kereta anda ke bengkel kereta yang bertauliah, dapatkan mekanik memasangkannya untuk anda. Ini hanyalah langkah pertama untuk mengelakkan kereta anda daripada dicuri.

 

2. Kunci Kereta Anda

187099
Mengunci pintu kereta anda merupakan satu langkah yang mudah, tetapi ianya selalu diabaikan. Kunci pintu kenderaan anda walaupun anda hanya perlu untuk masuk ke rumah sebentar untuk mengambil barangan yang tertinggal, atau ketika anda membiarkan enjin kereta anda hidup untuk membuka atau menutup pintu pagar rumah. Kejadian curi boleh berlaku dalam sekelip mata tanpa anda sedari. Juga, pastikan tingkap kereta anda sentiasa tertutup lebih-lebih lagi jika tiada sesiapa yang berada di dalamnya. Adalah lebih mudah untuk memecah masuk kereta anda sekiranya tingkapnya terbuka atau sedikit renggang.

 

3)   ‘Sembunyi’ barang-barang di tempat selamat

RS9287_177329473-scr

Menyimpan semua barang-barang anda bukan hanya menjadikan kereta anda kelihatan lebih bersih dan kemas, tetapi ia juga dapat mengurangkan kebarangkalian orang luar untuk memecah masuk ke dalam kereta. Jangan tinggalkan barangan peribadi dan juga barangan-barangan yang di dalam kereta di tempat-tempat yang mudah dilihat. Ini termasuklah beg membeli-belah, beg sandang dan pelbagai lagi. Anda mungkin merasakan yang beg-beg tersebut tak mengandungi barangan yang berharga, tetapi pencuri tak mengetahuinya kan? Sekali mereka memecah masuk ke dalam kereta anda, adalah lebih mudah untuk mereka terus mencuri kereta anda.

 

4)   Parking di Tempat Tumpuan

399b83fbcc569f7f2e55216e10ec174b

Tak kira samada waktu siang mahupun malam, letaklah kereta anda di tempat yang terang dan mudah dilihat. Lagi ramai yang melihat kereta anda, maka lebih sukarlah ia untuk dipecah masuk dan dicuri. Adalah lebih baik untuk parking di kawasan yang mempunyai polis bantuan yang meronda. Kebarangkalian kereta anda dicuri adalah rendah.

 

5)   Nombor Pendaftaran di Cermin Kereta

81468055555_freesize

Penanda Identifikasi merupakan satu cara mudah dengan meletakkan nombor pendaftaran kereta anda disemua cermin kereta. Ini akan menjadikan pencuri lebih susah untuk menjual kereta anda setelah dicuri, ini adalah kerana mereka perlu membelanjakan sejumlah wang dan masa untuk menggantikan kesemua tingkap-tingkap tersebut. Maka, kebarangkalian kereta anda untuk dicuri akan menjadi lebih rendah. Ini merupakan salah satu cara mudah dan murah untuk mengelakkan kecurian kereta.

 
Jelas sekali, mengelakkan kereta anda daripada dicuri melibatkan langkah-langkah yang mudah. Tetapi sudah pastilah pencuri yang berkemahiran tinggi pasti akan dapat mencuri kereta anda akhirnya jika dia mahu melakukannya. Kata kunci di sini adalah dengan menjadikan proses mencuri tersebut menjadi lebih sukar dan rumit. Lebih sukar untuk memecah masuk kereta anda maka lebih kuranglah ia menjadi sasaran pencuri kereta.

 

MUDAH, BUKAN?

 

JANGAN LUPA UNTUK CLICK LIKE, COMMENT & SHARE. UNTUK LEBIH INFO FOLLOW PAGE ‘MRINSURAN.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *